Hukum dan Kaedah Membaca Isti’azah
Hukum dan Kaedah Membaca Isti’azah Jumhur ulamak bersepakat menetapkan hukum membaca Isti’azah ketika hendak memulakan bacaan Al- Quran adalah Sunat Muakkad (sunat yg. dituntut) Dalil : Maksudnya : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, Maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam. ( Surah An-Nahl : Ayat 98) Kaedah Membaca Isti’azah Terdapat 4 wajah dalam membaca isti’azah pada awal surah : - Membaca isti’azah, waqaf. Kemudian membaca basmalah, waqaf. Kemudian membaca awal surah. - Membaca isti’azah, waqaf. Kemudian membaca basmalah dengan disambung membaca awal surah. - Membaca isti’azah dengan disambung membaca basmalah, kemudian waqaf. Kemudian membaca awal surah. - Membaca isti’azah, basmalah dan awal surah tanpa waqaf.