Hukum dan Kaedah Membaca Isti’azah
Hukum dan Kaedah Membaca Isti’azah
Jumhur ulamak bersepakat menetapkan hukum membaca Isti’azah
ketika hendak memulakan bacaan Al- Quran adalah Sunat Muakkad (sunat yg.
dituntut)
Dalil :
Maksudnya : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, Maka
hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan
syaitan yang direjam. ( Surah An-Nahl : Ayat 98)
Kaedah Membaca Isti’azah
Terdapat 4 wajah dalam membaca isti’azah pada awal surah :
- Membaca isti’azah, waqaf. Kemudian membaca basmalah, waqaf.
Kemudian membaca awal surah.
- Membaca isti’azah, waqaf. Kemudian membaca basmalah dengan
disambung membaca awal surah.
- Membaca isti’azah dengan disambung membaca basmalah,
kemudian waqaf. Kemudian membaca awal surah.
- Membaca isti’azah,
basmalah dan awal surah tanpa waqaf.
Comments
Post a Comment